Permata hati

Lilypie Pregnancy tickers

Friday, March 2, 2012

rindu padanya


AKU AMAT RINDU PADANYA.....

seminggu dah buah hati pengerang jantung ku ini dok kat kg dengan atuk n nenek...Hanya allah sahaja yang tahu tiap hari aku terkenang, terbayang, teringat dan banyak lagi ter la pada dia...tapi apakan daya aku tak dapat nak balik kg lagi buat masa ni..."maafkan ibu yer sayang sebab terpaksa meninggalkan mu di kampung buat sementara waktu...tunggu kepulangan ibu yer dengan bb baru nanti"...aperla agaknya reaksi dia bila aku balik nanti membawa insan baru dalam hidupnya...Apapun ibu tetap sayang kamu...

M E N A N T I & T E R U S M E N A N T I




Jeng jeng jeng...hari ni dah masuk 40 week baby dok dalam rahim aku...tapi masih tak mahu lagi menunjukkan tanda-tanda nak melihat dunia ciptaan Allah ni...Penantian yang masih perlu aku tunggu..rabu depan 7/3 dah due...hope jangan la overdue,takut plak kot2 kene induce..Biarla baby lahir secara normal...
" Ya Allah Ya Tuhanku...aku bermohon pada Mu Ya Allah, Kau permudahkanlah urusanku semasa aku melahirkan Amanah yang kau berikan kepada ku ini nanti, selamatkanlah kami berdua daripada segala bahaya, aku bermohon padamu juga Ya Allah agar aku dapat lahirkan amanah mu ini secara normal...sesungguhnya Ya Allah engkaulah yang maha mengetahui" amin.


Friday, February 24, 2012

sabar menunggu


Today dah masuk 39 week...aku masih sabar menunggu si comel ni untuk melihat dunia yang indah ini.Dari sehari ke sehari perasaan semakin berdebar-debar...Hanya doa dan zikrullah sahaja yang sentiasa berlagu di hatiku untuk menenangkan hati semoga di permudahkan semua urusan kami nanti..Amin Ya Rabbalalamin...

Friday, February 3, 2012

2 in 1

Hepi besday to me...n ari ni jugak genap 36 week a.k.a 9 month baby duk dalam rahim ku..that means --------> 20 day to go...huhuhuhu...seram,gementar semua perasaan dah bersatu...hope everything will be fine.
 Alhamdulillah pada cek up yang lepas semua result back to normal..."no more red pen"...yang paling menggembirakan baby pun dah melepasi berat yang membimbangkan...baby dah 2.1kg...syukur.Cuma dah semakin dekat dengan hari semakin terasa cepat penat,kaki pun dah mula menunjukkan akan membengkak ( huhuhu sakit rasanya ),cramp plak, klu tak kene gaya senang sangat jadi...
Tapi akan ku kuatkan semangat...kerana disebalik semua kesakitan ini pasti akan menjajikan kebahagiaan...amin

Thursday, January 19, 2012

D u g a a n

First entry tahun 2012...17/01/2012 hari selasa...pagi2 lagi telah di kejutkan satu petanda...der kesan darah pada seluar ku...Oh no! baru 33 weeks...hati dah mula rasa berdebar.Tapi ku kuatkan semangat meneruskan kerja ku pagi tu.Mula2 ku khabarkan pada en.suami agar dia dapat prepare awal supaya sentiasa bersedia if anything happened..Hati mula rasa tak tenang,ku khabarkan pula pada rakan setugas dan mengambil keputusan untuk pergi ke klinik yang berhampiran.
Di klinik ku ceritakan semua pada doktor yang merawat...Alhamdulillah bila doktor kata tak der aper,tapi dia nasihat supaya aku monitor andai kata terjadi lagi n kontraksi terjadi n jangan membuat kerja yang berat kerana kemungkinan dinding rahim dah nipis yang telah menyebabkan pendarahan berlaku..Sambil menyelam minum air aku bertanyakan pula tentang " weight of my baby "..Scan jalan yang terbaik...n bad news memang baby kecil.Ukuran kepala n perut baby mengikut minggu 33 weeks but kaki baby baru 30 weeks punya ukuran...Doktor bagi aku surat mintak aku refer pada doktor dimana tempat aku nak deliver...
Papepun minggu depan baru ku referkan masalah  ni pada doktor...Ya Allah aku bermohon padamu Ya Allah agar semuanya dalam keadaan baik, sihat n selamat...

Wednesday, December 28, 2011

P E J A M C E L I K . . . . P E J A M C E L I K

Masa berlalu begitu pantas sekali rasanya...pejam celik pejam celik dah masuk minggu ke 30 pregnency...Bila ku kira-kira 6-8 minggu jer lagi baby Mummy Junior ni akan melihat dunia..Rasa berdebar2 di hati menanti saat yang pasti kan menjelma tak lama lagi..." Takut, gembira " semua bercampur baur dah menjadi satu.Makin dekat hari makin tertanam hobi baru dalam diri ku iaitu makin rajin aku membuat re "search" perkara-perkara yang sepatutnya aku tahu n sedia tahu..lebih2 dr " new mommy "...hehehehe.
Makin dekat hari jugalah makin aku asyik membelek barang-barang baby yang kurasa masih tak mencukupi...sedangkan klu di lihat tempat pun dah tak der nak simpan...excited la katakan...hehehehehe...
Aku pasti bila semakin dekat hari semua mommy2 akan memikirkan kat mana nak "deliver baby"..aku pun tak terkecuali.Cuma aper yang pasti n peringatan dr bespren ku "jangan sekali2 balik kg, nak deliver lagi kat Hospital Sabak"...terkenang kembali peristiwa masa bersalinkan anak sulung ku..Sanggup tahan sakit asal dapat balik Sabak..tapi sian en.hubby la sepanjang jalan jadi mangsa aku melepaskan kesakitan...Tapi untuk deliver kali ni alhamdulillah en.hubby dah menjanjikan tempat yang selesa tuk aku n baby..aku per lagi "pucuk dicita ulam mendatang ler"..."rezki jangan di tolak" bak kata pepatah...so survey ler aper yang patut....
Apapun, hope semuanya akan berjalan lancar sehingga aku selamat bersalin...

Friday, November 25, 2011

Result scan....jeng jeng jeng

Baru jer balik dari klinik dengan en.suami...hajat yang dah beberapa hari tergendala dapat juga ku laksanakan hari ini <-------scan perut...Alhamdulillah semua dalam keadaan yang sihat.Masa ni usia baby dah nak masuk 6 bulan setengah...Soalan cepu emas yang biasa akan di tanya para ibu pada doktor mestila " doktor ape jantina anak saya?"..tak terkecuali jugak aku..dan jawapannya...jeng jeng jeng...kita tunggu jer la nanti bila baby dah klua yer...  surprise..apa pun laki atau perempuan aku terima dengan hati yang terbuka,asalkan baby lahir sihat,selamat n sempurna.Sudah cukup buat kami..