Permata hati

Lilypie Pregnancy tickers

Tuesday, January 18, 2011

Discharge

Alhamdulillah akhirnya hari ni iki discharge dari Fisioterapi..setelah setahun lebih berulang alik ke Hospital Serdang untuk manjalani terapi...Sebelum melangkah keluar dari bilik F1 doktor bertugas memberi kata2 nasihat terakhir andai kata pembesaran iki tidak mengikut perkembangan umur kanak2 normal...Terima kasih pada doktor2 n jururawat2 yang selama ini membantu kami...

Friday, January 7, 2011

Permata hati


Buah hati ibu...Selasa 4 Jan iki di serang asma di rumah pengasuh..kami membawa iki ke klinik berhampiran..dengan keadaan iki yang susah bernafas,dan asyik menangis perjalanan yang dekat seakan berbatu2 jauhnya..Semasa di klinik iki terpaksa mengambil gas...yang lucunya iki x nak tanggalkan corong gas dari mulutnya..mungkin iki merasakan itu sahaja yang membuatkan dada nya selesa..selesai saja iki terus sihat n terus bermain.
Kerana kerja yang banyak harus ku setllekan di kelas,aku terpaksa membawa iki ke sekolah.Alhamdulillah lepas iki makan ubat iki dah boleh tido lena walaupun tido x lama..Bangun dari tido,iki terus bermain sehinggakan nafas iki berombak laju kembali..iki kembali merengek..Sudahnya balik dari kerja aku terpaksa membawa iki ke klinik kembali untuk mengambil gas susulan.
Sampai di rumah iki masih lagi merengek,tapi alhamdulillah selepas makan ubat iki boleh tido lena..Sebenarnya aku x sanggup nak bawak iki ke Hospital..kerana ini

di dalam wad kecemasan
di dalam wad
Dan 2 hari selepas itu iki di serang demam n selsema.Kesian iki dugaan duduk dalam wad sejak baby lagi

iki dalam ambulans tuk ke HTAR Klang selepas beberapa jam melihat dunia

iki di dalam wad NICU
Semoga iki cepat sembuh...Amin


Thursday, January 6, 2011

HAPPY NEW YEAR 2011

Walaupun dah terlewat rasanya masih belum terlambat tuk aku wish HAPPY NEW YEAR 2011...di harapkan di tahun baru ini segalanya berjalan lancar,iki makin sihat dan aku....semakin kurus...hehehe...biasalah awal2 tahun macam ni aku bz sikit ngan kerja2 kat sekolah...bila sampai umah,yang inagt satu jer nak tido.hehehehe..maklumlah badan penat..Maliki plak awl2 tahun dah kene serangan asma..tp aku x bawak iki g hospital just g klinik swasta jer...takut iki admit kat ward klu g hospital..sian kene cucuk sana sini.Tapi alhamdulillah iki cepat sembuh.Hope iki akan terus sembuh...Amin.