Permata hati

Lilypie Pregnancy tickers

Friday, March 2, 2012

rindu padanya


AKU AMAT RINDU PADANYA.....

seminggu dah buah hati pengerang jantung ku ini dok kat kg dengan atuk n nenek...Hanya allah sahaja yang tahu tiap hari aku terkenang, terbayang, teringat dan banyak lagi ter la pada dia...tapi apakan daya aku tak dapat nak balik kg lagi buat masa ni..."maafkan ibu yer sayang sebab terpaksa meninggalkan mu di kampung buat sementara waktu...tunggu kepulangan ibu yer dengan bb baru nanti"...aperla agaknya reaksi dia bila aku balik nanti membawa insan baru dalam hidupnya...Apapun ibu tetap sayang kamu...

M E N A N T I & T E R U S M E N A N T I




Jeng jeng jeng...hari ni dah masuk 40 week baby dok dalam rahim aku...tapi masih tak mahu lagi menunjukkan tanda-tanda nak melihat dunia ciptaan Allah ni...Penantian yang masih perlu aku tunggu..rabu depan 7/3 dah due...hope jangan la overdue,takut plak kot2 kene induce..Biarla baby lahir secara normal...
" Ya Allah Ya Tuhanku...aku bermohon pada Mu Ya Allah, Kau permudahkanlah urusanku semasa aku melahirkan Amanah yang kau berikan kepada ku ini nanti, selamatkanlah kami berdua daripada segala bahaya, aku bermohon padamu juga Ya Allah agar aku dapat lahirkan amanah mu ini secara normal...sesungguhnya Ya Allah engkaulah yang maha mengetahui" amin.