Permata hati

Lilypie Pregnancy tickers

Saturday, October 15, 2011

++++ kini ku kembali ++++

Telah lama ku tinggalkan laman ni...bersawang dah agaknya...now i'm back selepas aku kembali sihat dan bebas dr program2 yang saban minggu menunggu untuk di lunaskan..yang terakhir minggu lepas majlis pertunangan abangku satu-satunya yang masih solo..Zairul Ezri & Alus..Selamat melangkah ke fasa yang pertama..pasti lepas ni mereka sibuk menyediakan persiapan majlis yang akan berlangsung lebih kurang 4-5 bulan saja lagi...dan itu bermakna aku juga sibuk menghitung hari n membuat persiapan untuk menerima kehadiran insan baru..
Alhamdulillah pejam celik-pejam celik usia kandunganku dah mencecah 5 bulan..Alhamdulillah juga aku dah sihat dr gejala-gejala morning sickness..cuma kali ni aku tak berapa nak makan nasi.Risau en.suami di buatnya,takut baby kecik katanya.Maklumlah si abang dulu 3.49 kg..
Rekod buku mengandung aku setakat ni masih di tahap belum stabil...Tiap kali lawatan/check up pasti ader mana-mana rekod yang di tulis dengan pen merah..that mean di bawah tahap berjaga-jaga.Masa check up untuk 15week..Hb turun..masa 17week plak aku still muntah2 dan berat badan ku maintain tak naik2.Mujur nurse tak membebel sangat..Tapi aku di nasihatkan supaya banyak makan buah-buahan n minum susu.Nurse plak dah bagi date tuk appoiment minum air gula pada 13/12/11 dan appoiment tuk scan baby 14/12/2011.
Apapun hope appoiment yang akan datang 31/10/2011 semuanya akan kembali stabil...insyaallah n mudah-mudahan.