Permata hati

Lilypie Pregnancy tickers

Thursday, June 30, 2011

DETIK-DETIK GEMBIRA TANPA SI DIA

Entry ni aku coret setelah beberapa hari aku mendapat khabar gembira yang aku raikan tanpa insan yang istimewa di cc.Tapi walau apapun aku tetap bersyukur atas nikmat n rezki yang telah Dia berikan pada kami. Aku hanya dapat khabarkan dr kejauhan yang membuatkan "dia" gembira sama..."Alhamdulillah syukur" kalimah yang tercoret di sms yang dikirim.
Berita ini juga aku kongsi bersama insan-insan yang selalu bersama aku n di iringi dengan kata-kata nasihat yang sangat bermakna..terima kasih semua. Insyallah akan ku pelihara n ku jaga  amanah yang telah di berikan oleh Nya dengan sebaik mungkin..

ALHAMDULILLAH YA ALLAH

Tuesday, June 21, 2011

````.. Kisah iKi n 3,2,1,cinta..````

3,2,1 cinta sebuah kisah komedi romantik terbitan Methrowealth production yang mula di tayangkan 16 Jun 2011.Antara barisan pelakon yang menerajui filem ini...Diana Amir, Farid Kamil, Pierre Andre,Mustapha Kamal, Sheila Mambo, Zila Bakarin dan  Ruzaidi Abdul Rahman..Filem yang mengisahkan MENGISAHKAN Sam, anak gadis yang berpewatakan kasar seperti lelaki yang baru sahaja berpindah untuk menyambung pelajaran di sebuah kolej. Dia bertemu semula dengan kawan baik semasa sekolah iaitu Fariz di situ. Dalam masa yang sama, Sam mula ditakut-takutkan dengan fakta bahawa dengan sikap kasarnya itu, dia akan ditakuti oleh semua lelaki dan dia akan bersendirian sampai mati.

 Secara kebetulan, Sam terserempak dengan Nazril, lelaki idaman seluruh kolej. Dia tercabar dengan sikap Nazril yang hanya melayan perempuan cantik sahaja menyebabkan dia tekad untuk memikat Nazril. Pelbagai peristiwa yang melucukan dan romantis berlaku sepanjang usaha Sam untuk memikat Nazril termasuk cuba merubah penampilan dan sikap kasarnya. Dalam masa yang sama, hubungan Sam dengan bapa tirinya dan adik tirinya, Mimi juga semakin pulih dan erat. Akhirnya, Nazril jatuh cinta dengan kesungguhan Sam apabila Sam sanggup membantunya untuk menguruskan rumah anak yatim yang dibinanya.

Sam juga sanggup mengajar anak-anak yatim itu dengan caranya yang tersendiri. Namun, rupa-rupanya Fariz selama ini menyintai Sam dalam diam. Fariz meluahkan perasaannya pada Sam. Sam yang keliru dengan luahan Fariz itu cuba berfikir kembali tentang perasaan dirinya terhadap Fariz dan Nazril. Dan ketika Nazril pula meluahkan perasaan kepada Sam, Sam sedar dan yakin siapa sebenarnya yang harus dipilihnya.

MALANGNYA....aku tak dapat khusyuk melihat filem ini bila " PERTAMA KALINYA IKI IN CINEMA " ..Mula2 masuk jer iki menunjukkan mukanya yang takut...siap tutup mata...tapi bila dah setengah jam cerita bermula...dia pun mula turun naik tangga cinema tu satu persatu sampai hampir tersungkur dengan tidak lepas di genggaman kereta kesayangan..Mujur penonton tak ramai jadi tak la mengganggu konsentrasi orang lain...Walauapapun aku terhibur dengan keletah iki..dan kami akan kembali lagi for next cartoon movie...Insyallah

Thursday, June 16, 2011

~ berakhirnya demam NORA ELENA ~

Petang2 yang mendatang tidak akan di serikan lagi oleh NORA ELENA...so sad...tapi episode last hari ni betul-betul menyentuh perasaan aku.Walaupun hepi ending tapi jalan ceritanya 90% sedih sehingga aku........
Seth Tan suami n papa yang penyayang sanggup melakukan aper sajer asalkan nora menerimanya kembali n Qaseh selamat...sedih masa tengok scene Nora menangis kehilangan Qaseh n masa Yvonne membuang "Patung" yang Seth sangkakan Qaseh...dan gembira rasanya masa Yvonne kena tangkap dengan polis..padan muka!..part yang paling hepi " Seth + Nora + Qaseh = bersatu kembali"
Dalam pada masa yang sama aku teringat kembali pengorbanan En.suami pada hari aku melahirkan hero kami yang menjadi kenangan yang paling tak dapat aku lupakan...pengorbanan seorang suami n ayah pada isteri n anaknya...thanks...

~~ kL GaNGstEr ~~

Hujung minggu yang lepas sempat juga aku "luangkan masa" tengok  filem KL Gangster 
cerita yang mengambil masa lebih kurang 80 minit tu banyak memaparkan aksi-aksi action 
tapi di selitkan juga aksi lucu Abang-Long-Dil.watak yang di bawa oleh zizan raja lawak yang boleh di anggap penghidup cerita ini.

Hero action ni rasanya tak perlu aku nak perkenalkan lagi...abang macho dr Singapura Aaron aziz yang memegang watak Malek ataupun lebih terkenal sekarang dengan Seth Tan.Adiputra a.k.a JAi n dah tentu pengarah muda yang terkenal Syamsul Yusof a.k.a Dragon.

Cerita yang mengisahkan tentang tanggungjawab Malek terhadap adiknya Jai n adik perempuannya yang telah
terjebak dengan aktiviti haram..yang akhirnya memakan dirinya sendiri kerana terpaksa meringkuk di dalam penjara kembali setelah menumbangkan musuh2 yang cuba merosakkan adik2nya n musuh2 yang masih tidak berpuas hati dengannya walaupun Malek dah memberitahu yang dia insaf n "dah cuci tangan"

Antara dialog-dialog di dalam filem ini...

Abang Besar Sudah Keluar Wa Ingat Lu Sudah Mampus
Ape mcm cuti panjang best? cuti sudah hbis bro
Lu Kasi Gua Mati Dulu Lah Bru Gua Diam
Abang tak abang sape kacau pecah
HEy lu cari gua ka? apa macam cukup bukti tak cukup gua bagi
Sekarang tak kira lu Abang Long ka lu Ayahanda ka ini KL gua pegang
Aku Peduli Apeww Ak X Nak Hidup Merempat Mcm Ko
Aku X Takut Mati Tapi Aku X Nak Mati

dan banyak lagi....
apapun filem ni dah mengaut berjuta-juta RM beberapa hari tayangan
Syabas pada actor n Skop Production team

Friday, June 10, 2011

NuR kaSiH tHe moVIe

membaca tajuk kat atas jer pasti semua orang dah tau kisahnya
yang berkisarkan kehidupan nur amina n adam
aku juga tak lepaskan peluang untuk menonton nur kasih ni di pawagam
bersama en. suami ( kene paksa baru nak tengok )

jalan ceritanya tak jauh berbeza dengan yang series
cuma yang membezakan movie ni menjadi titik noktah pada cerita series
so maknanya lepas ni tak delah " nur kasih 2 "
nampak gayanya rindulah pada adam n nur amina

sepanjang cerita ni di tayangkan suasana senyap sunyi jer
bila aku toleh kekanan kekiri aku lihat penonton2 sedang melayan perasaan sedih akibat dari jalan cerita dan watak yang dibawakan.
tapi aku pun aper kurangnya...sedih jugak
tapi x ler sampai mengalirkan air mata

apapun NuR KAsiH The MOviE memang best
rugi sapa2 tak pegi tengok
lagu2 ost nya pun best gak
layan......


TiZ zaqYAh fT YasSIn - NuR KasiH



saBHi SadHi Ft HeLEna - tAnPamU


next filem " Kl GAngSteR "

Saturday, June 4, 2011

deMaM nOrA EleNa

Seminggu 2 ni, tepat jer jam 7pm isnin-khamis
aku dah terpacak depan tv
kerja2 yang aku buat rela ku tinggalkan
demi nOra ELena di tv3
dah macam isi dengan kuku plak
tak boleh di pisahkan

citer yang tengah hot ni penuh dengan aksi romantik
yang telah membuatkan aku sendiri jatuh cinta lol
hahahahaha (gelak jahat)

lepas tengok kat tv
aku menghadap plak lappy aku
re ' tonton' kat tonton.com.my plak
en. suami dah tak ble kata aper dah
kadang dia pun layan sekali

tak cukup ngan tu 
aku layan  lagu2 OST plak kat you tube
memang demam nora elena dah aku ni
hehehehe

nih lagu2 tu

aSFan
TErhenTi dI SiNi


erRy pUTra wiF ReeN raHIM
bERubAh


SOfAz
daN bILa EsOK


.....membuatkan aku terbuai....
dek bayangan romantik SeTH taN & nOra ELenA
so sweet

tak sabar nak tunggu episode yang akan datang

Thursday, June 2, 2011

..rInDu...

dah lama rasanya tak mencoret di entry blog aku ni
selalu asyik baca orang punya jer
rindu rasanya

kini
aku sedang membilang hari untuk menyambut annivesary aku wif hubby 
iaitu pada tanggal 6 JUN 2011

MOGA BERKEKALAN SELAMANYA