Permata hati

Lilypie Pregnancy tickers

Wednesday, December 28, 2011

P E J A M C E L I K . . . . P E J A M C E L I K

Masa berlalu begitu pantas sekali rasanya...pejam celik pejam celik dah masuk minggu ke 30 pregnency...Bila ku kira-kira 6-8 minggu jer lagi baby Mummy Junior ni akan melihat dunia..Rasa berdebar2 di hati menanti saat yang pasti kan menjelma tak lama lagi..." Takut, gembira " semua bercampur baur dah menjadi satu.Makin dekat hari makin tertanam hobi baru dalam diri ku iaitu makin rajin aku membuat re "search" perkara-perkara yang sepatutnya aku tahu n sedia tahu..lebih2 dr " new mommy "...hehehehe.
Makin dekat hari jugalah makin aku asyik membelek barang-barang baby yang kurasa masih tak mencukupi...sedangkan klu di lihat tempat pun dah tak der nak simpan...excited la katakan...hehehehehe...
Aku pasti bila semakin dekat hari semua mommy2 akan memikirkan kat mana nak "deliver baby"..aku pun tak terkecuali.Cuma aper yang pasti n peringatan dr bespren ku "jangan sekali2 balik kg, nak deliver lagi kat Hospital Sabak"...terkenang kembali peristiwa masa bersalinkan anak sulung ku..Sanggup tahan sakit asal dapat balik Sabak..tapi sian en.hubby la sepanjang jalan jadi mangsa aku melepaskan kesakitan...Tapi untuk deliver kali ni alhamdulillah en.hubby dah menjanjikan tempat yang selesa tuk aku n baby..aku per lagi "pucuk dicita ulam mendatang ler"..."rezki jangan di tolak" bak kata pepatah...so survey ler aper yang patut....
Apapun, hope semuanya akan berjalan lancar sehingga aku selamat bersalin...

Friday, November 25, 2011

Result scan....jeng jeng jeng

Baru jer balik dari klinik dengan en.suami...hajat yang dah beberapa hari tergendala dapat juga ku laksanakan hari ini <-------scan perut...Alhamdulillah semua dalam keadaan yang sihat.Masa ni usia baby dah nak masuk 6 bulan setengah...Soalan cepu emas yang biasa akan di tanya para ibu pada doktor mestila " doktor ape jantina anak saya?"..tak terkecuali jugak aku..dan jawapannya...jeng jeng jeng...kita tunggu jer la nanti bila baby dah klua yer...  surprise..apa pun laki atau perempuan aku terima dengan hati yang terbuka,asalkan baby lahir sihat,selamat n sempurna.Sudah cukup buat kami..

Tuesday, November 1, 2011

Result yang kurang memuaskan

Baca title pun jer pun dah merunsingkan...hai...Pe nak jadi.
Alkisahnya semalam aku p klinik tuk appoiment pregnancy check-up..Aku ingatkan semuanya dah kembali normal al-maklumlah morning sickness aku dah tak der,yang ader nafsu makan jer (hehehehe)...supplement Iberet folic tuk tambah darah pun aku dah telan tapi tup..tup...sekali timbang ambik kau naik 3.5 kg ( tula bila nafsu makan dah memuncak n akibat daripada lawatan yang lepas berat aku statik tak naik2 ) mujur la nurse tu tak membebel sangat...klu tak aku selotip jer mulutnya macam aku buat kat sekolah  ( hehehehe ganas kan aku )..
Bila masuk citer bab Hb plak yang buatkan aku tak puas hati! Hb aku tak naik2..statik jer 10.8..tak pasal2 stiker kat buku mengandung tu dah bertukar warna yang menandakan ader masalah...huhuhuhuhu.Tapi kan aku dah bagitau tadi mujur la nurse tu tak membebel cuma dia nasihatkan aku tuk makan suplement tu ngan air jus buah, dan makan 2jam selepas makan supaya suplement tu menyerap ke dalam darah...Nurse ada jugak menerangkan kesan2 akibat daripada Hb rendah...dah balik rumah aku pun search google..dan ini antara yang aku dapat kesan Hb rendah kepada ibu mengandung..
Aku berdoa semoga appoiment yang akan datang semuanya akan berada dalam keadaan yang baik semuanya,Insyaalllah...Amin

Saturday, October 15, 2011

++++ kini ku kembali ++++

Telah lama ku tinggalkan laman ni...bersawang dah agaknya...now i'm back selepas aku kembali sihat dan bebas dr program2 yang saban minggu menunggu untuk di lunaskan..yang terakhir minggu lepas majlis pertunangan abangku satu-satunya yang masih solo..Zairul Ezri & Alus..Selamat melangkah ke fasa yang pertama..pasti lepas ni mereka sibuk menyediakan persiapan majlis yang akan berlangsung lebih kurang 4-5 bulan saja lagi...dan itu bermakna aku juga sibuk menghitung hari n membuat persiapan untuk menerima kehadiran insan baru..
Alhamdulillah pejam celik-pejam celik usia kandunganku dah mencecah 5 bulan..Alhamdulillah juga aku dah sihat dr gejala-gejala morning sickness..cuma kali ni aku tak berapa nak makan nasi.Risau en.suami di buatnya,takut baby kecik katanya.Maklumlah si abang dulu 3.49 kg..
Rekod buku mengandung aku setakat ni masih di tahap belum stabil...Tiap kali lawatan/check up pasti ader mana-mana rekod yang di tulis dengan pen merah..that mean di bawah tahap berjaga-jaga.Masa check up untuk 15week..Hb turun..masa 17week plak aku still muntah2 dan berat badan ku maintain tak naik2.Mujur nurse tak membebel sangat..Tapi aku di nasihatkan supaya banyak makan buah-buahan n minum susu.Nurse plak dah bagi date tuk appoiment minum air gula pada 13/12/11 dan appoiment tuk scan baby 14/12/2011.
Apapun hope appoiment yang akan datang 31/10/2011 semuanya akan kembali stabil...insyaallah n mudah-mudahan.

Friday, July 8, 2011

1 more day rest

Aku terpaksa ambik cuti lagi ari ni.Walaupun aku pergi kerja macam biasa pagi tadi tapi aku terpaksa balik lebih kurang pukul 10.30am selepas budak-budak rehat..Tak tertanggung rasanya sakit di telinga n morning sickness yang aku alami.Semua makanan yang masuk dalam mulut aku terluah balik.Hilang segala kekuatan aku yang tinggal hanya lemah longlai jer...Sory k.mazni n cikgu2 pra..Doakanlah aku cepat sembuh...amin

Thursday, July 7, 2011

Rest day

So sad today tak dapat join majlis sambutan hari lahir murid2 pra kat sekolah...Tapi nak buat macam mana keadaan aku yang tidak mengizinkan terpaksa menuruti surat cuti a.k.a MC( first mc for this year) dr doktor untuk terus pulang n berehat di rumah.Sudah 2,3 hari kedua-dua belah telinga ku berdengung yang sangat tidak menyelesakan..Tapi menurut doktor kedua2 belah telinga ku ok tiada masalah..mungkin effect dr aku batuk, selsema n merah di kerongkong yang telah menyebabkan saluran pernafasan terganggu hingga mengganggu ke dalam telinga.aku hanya di beri ubat titis telinga 2 titik x 3 kali sehari..sesampai di rumah en.suami heran kenapa aku tiba2 balik..bila ku ceritakan yang kluar dr mulut nya " ader2 jer,hari tu sakit tekak ni sakit telinga"..setelah aku menitiskan ubat seperti di arahkan aper lagi aku pun tertidur sampai tengahhari.Mujur hero dah hantar rumah pengasuh..Alhamdulillah dengung telinga ku sudah berkurangan.Mudah2an akan pulih sepenuhnya...amin

Wednesday, July 6, 2011

AlhaMduliLLah

Allah maha berkuasa
Alhamdulillah...5 week already...simptom-simptom pun dah mula menyerang.sungguh tidak selesa rasanya.Tapi bersyukur kerana aku dapat merasai nikmatnya untuk ke sekian kalinya walaupun kali ni lebih memeritkan..akan aku tempuhi jua dengan sesabar yang mungkin.
Minggu ni minggu yang terlalu weak rasanya.Mujur en.suami amat memahami n menolong dr keperluan anak hingga keperluan n kekemasan rumah.Terasa ringan sikit penat yang di tanggung.Tak kurang juga kawan2 di tempat kerja yang amat memahami.Alhamdulillah.......Terima kasih semua.
Apapun...

..."Ya Allah,peliharalah anakku ini selama ia berada didalam perutku, sihatkanlah dia, rupakanlah atau bentukkanlah dia dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam  hatinya iman kepadaMu.Ya Allah keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat dan jadikanlah dia sihat sempurna berakal dan pandai serta taat pada perintahMu"...


Sunday, July 3, 2011

IKI N BABY COT

Di usia iki 2 tahun lebih baru ler en.suami membelikan baby cot untuk my lil son gara-gara iki yang tido terlalu lasak hinggakan kami hampir jatuh dr tilam untuk keselesaan dia..en.suami membeli bb cot di Wholesale My Dear yang bermula dr 30 jun-10jul ni..wahhh rambang mata di buatnya masa nak memilih bb cot tadi.Iki plak asyik menangis nakkan kereta mainan.Malu di buatnya pabila orang di sekeliling memandang kami.
Berbalik pada title tadi....lucu hati bila buat pertama kalinya iki baring didalam bb cot tu.Ibarat "Kera dapat bunga"..tak henti-henti dia tersengih.Tersipu2 malu kononnya..Lagi diacah lagi malu riak mukanya.Yang menjadi geramnya, syok sangat dapat katil baru lupa terus nak tido.Boleh tahan mata tu sedangkan pagi tadi awal dia bangun..tadi dalam keta bukan main lagi mengantuk matanya..Puas di paksa tapi penat mulut jer bercakap...mata dia still terang lagi dek kerana "bb cot" baru tu.
Lihat sajalah gambar2 di bawah







Thursday, June 30, 2011

DETIK-DETIK GEMBIRA TANPA SI DIA

Entry ni aku coret setelah beberapa hari aku mendapat khabar gembira yang aku raikan tanpa insan yang istimewa di cc.Tapi walau apapun aku tetap bersyukur atas nikmat n rezki yang telah Dia berikan pada kami. Aku hanya dapat khabarkan dr kejauhan yang membuatkan "dia" gembira sama..."Alhamdulillah syukur" kalimah yang tercoret di sms yang dikirim.
Berita ini juga aku kongsi bersama insan-insan yang selalu bersama aku n di iringi dengan kata-kata nasihat yang sangat bermakna..terima kasih semua. Insyallah akan ku pelihara n ku jaga  amanah yang telah di berikan oleh Nya dengan sebaik mungkin..

ALHAMDULILLAH YA ALLAH

Tuesday, June 21, 2011

````.. Kisah iKi n 3,2,1,cinta..````

3,2,1 cinta sebuah kisah komedi romantik terbitan Methrowealth production yang mula di tayangkan 16 Jun 2011.Antara barisan pelakon yang menerajui filem ini...Diana Amir, Farid Kamil, Pierre Andre,Mustapha Kamal, Sheila Mambo, Zila Bakarin dan  Ruzaidi Abdul Rahman..Filem yang mengisahkan MENGISAHKAN Sam, anak gadis yang berpewatakan kasar seperti lelaki yang baru sahaja berpindah untuk menyambung pelajaran di sebuah kolej. Dia bertemu semula dengan kawan baik semasa sekolah iaitu Fariz di situ. Dalam masa yang sama, Sam mula ditakut-takutkan dengan fakta bahawa dengan sikap kasarnya itu, dia akan ditakuti oleh semua lelaki dan dia akan bersendirian sampai mati.

 Secara kebetulan, Sam terserempak dengan Nazril, lelaki idaman seluruh kolej. Dia tercabar dengan sikap Nazril yang hanya melayan perempuan cantik sahaja menyebabkan dia tekad untuk memikat Nazril. Pelbagai peristiwa yang melucukan dan romantis berlaku sepanjang usaha Sam untuk memikat Nazril termasuk cuba merubah penampilan dan sikap kasarnya. Dalam masa yang sama, hubungan Sam dengan bapa tirinya dan adik tirinya, Mimi juga semakin pulih dan erat. Akhirnya, Nazril jatuh cinta dengan kesungguhan Sam apabila Sam sanggup membantunya untuk menguruskan rumah anak yatim yang dibinanya.

Sam juga sanggup mengajar anak-anak yatim itu dengan caranya yang tersendiri. Namun, rupa-rupanya Fariz selama ini menyintai Sam dalam diam. Fariz meluahkan perasaannya pada Sam. Sam yang keliru dengan luahan Fariz itu cuba berfikir kembali tentang perasaan dirinya terhadap Fariz dan Nazril. Dan ketika Nazril pula meluahkan perasaan kepada Sam, Sam sedar dan yakin siapa sebenarnya yang harus dipilihnya.

MALANGNYA....aku tak dapat khusyuk melihat filem ini bila " PERTAMA KALINYA IKI IN CINEMA " ..Mula2 masuk jer iki menunjukkan mukanya yang takut...siap tutup mata...tapi bila dah setengah jam cerita bermula...dia pun mula turun naik tangga cinema tu satu persatu sampai hampir tersungkur dengan tidak lepas di genggaman kereta kesayangan..Mujur penonton tak ramai jadi tak la mengganggu konsentrasi orang lain...Walauapapun aku terhibur dengan keletah iki..dan kami akan kembali lagi for next cartoon movie...Insyallah

Thursday, June 16, 2011

~ berakhirnya demam NORA ELENA ~

Petang2 yang mendatang tidak akan di serikan lagi oleh NORA ELENA...so sad...tapi episode last hari ni betul-betul menyentuh perasaan aku.Walaupun hepi ending tapi jalan ceritanya 90% sedih sehingga aku........
Seth Tan suami n papa yang penyayang sanggup melakukan aper sajer asalkan nora menerimanya kembali n Qaseh selamat...sedih masa tengok scene Nora menangis kehilangan Qaseh n masa Yvonne membuang "Patung" yang Seth sangkakan Qaseh...dan gembira rasanya masa Yvonne kena tangkap dengan polis..padan muka!..part yang paling hepi " Seth + Nora + Qaseh = bersatu kembali"
Dalam pada masa yang sama aku teringat kembali pengorbanan En.suami pada hari aku melahirkan hero kami yang menjadi kenangan yang paling tak dapat aku lupakan...pengorbanan seorang suami n ayah pada isteri n anaknya...thanks...

~~ kL GaNGstEr ~~

Hujung minggu yang lepas sempat juga aku "luangkan masa" tengok  filem KL Gangster 
cerita yang mengambil masa lebih kurang 80 minit tu banyak memaparkan aksi-aksi action 
tapi di selitkan juga aksi lucu Abang-Long-Dil.watak yang di bawa oleh zizan raja lawak yang boleh di anggap penghidup cerita ini.

Hero action ni rasanya tak perlu aku nak perkenalkan lagi...abang macho dr Singapura Aaron aziz yang memegang watak Malek ataupun lebih terkenal sekarang dengan Seth Tan.Adiputra a.k.a JAi n dah tentu pengarah muda yang terkenal Syamsul Yusof a.k.a Dragon.

Cerita yang mengisahkan tentang tanggungjawab Malek terhadap adiknya Jai n adik perempuannya yang telah
terjebak dengan aktiviti haram..yang akhirnya memakan dirinya sendiri kerana terpaksa meringkuk di dalam penjara kembali setelah menumbangkan musuh2 yang cuba merosakkan adik2nya n musuh2 yang masih tidak berpuas hati dengannya walaupun Malek dah memberitahu yang dia insaf n "dah cuci tangan"

Antara dialog-dialog di dalam filem ini...

Abang Besar Sudah Keluar Wa Ingat Lu Sudah Mampus
Ape mcm cuti panjang best? cuti sudah hbis bro
Lu Kasi Gua Mati Dulu Lah Bru Gua Diam
Abang tak abang sape kacau pecah
HEy lu cari gua ka? apa macam cukup bukti tak cukup gua bagi
Sekarang tak kira lu Abang Long ka lu Ayahanda ka ini KL gua pegang
Aku Peduli Apeww Ak X Nak Hidup Merempat Mcm Ko
Aku X Takut Mati Tapi Aku X Nak Mati

dan banyak lagi....
apapun filem ni dah mengaut berjuta-juta RM beberapa hari tayangan
Syabas pada actor n Skop Production team

Friday, June 10, 2011

NuR kaSiH tHe moVIe

membaca tajuk kat atas jer pasti semua orang dah tau kisahnya
yang berkisarkan kehidupan nur amina n adam
aku juga tak lepaskan peluang untuk menonton nur kasih ni di pawagam
bersama en. suami ( kene paksa baru nak tengok )

jalan ceritanya tak jauh berbeza dengan yang series
cuma yang membezakan movie ni menjadi titik noktah pada cerita series
so maknanya lepas ni tak delah " nur kasih 2 "
nampak gayanya rindulah pada adam n nur amina

sepanjang cerita ni di tayangkan suasana senyap sunyi jer
bila aku toleh kekanan kekiri aku lihat penonton2 sedang melayan perasaan sedih akibat dari jalan cerita dan watak yang dibawakan.
tapi aku pun aper kurangnya...sedih jugak
tapi x ler sampai mengalirkan air mata

apapun NuR KAsiH The MOviE memang best
rugi sapa2 tak pegi tengok
lagu2 ost nya pun best gak
layan......


TiZ zaqYAh fT YasSIn - NuR KasiH



saBHi SadHi Ft HeLEna - tAnPamU


next filem " Kl GAngSteR "

Saturday, June 4, 2011

deMaM nOrA EleNa

Seminggu 2 ni, tepat jer jam 7pm isnin-khamis
aku dah terpacak depan tv
kerja2 yang aku buat rela ku tinggalkan
demi nOra ELena di tv3
dah macam isi dengan kuku plak
tak boleh di pisahkan

citer yang tengah hot ni penuh dengan aksi romantik
yang telah membuatkan aku sendiri jatuh cinta lol
hahahahaha (gelak jahat)

lepas tengok kat tv
aku menghadap plak lappy aku
re ' tonton' kat tonton.com.my plak
en. suami dah tak ble kata aper dah
kadang dia pun layan sekali

tak cukup ngan tu 
aku layan  lagu2 OST plak kat you tube
memang demam nora elena dah aku ni
hehehehe

nih lagu2 tu

aSFan
TErhenTi dI SiNi


erRy pUTra wiF ReeN raHIM
bERubAh


SOfAz
daN bILa EsOK


.....membuatkan aku terbuai....
dek bayangan romantik SeTH taN & nOra ELenA
so sweet

tak sabar nak tunggu episode yang akan datang

Thursday, June 2, 2011

..rInDu...

dah lama rasanya tak mencoret di entry blog aku ni
selalu asyik baca orang punya jer
rindu rasanya

kini
aku sedang membilang hari untuk menyambut annivesary aku wif hubby 
iaitu pada tanggal 6 JUN 2011

MOGA BERKEKALAN SELAMANYA


Sunday, February 6, 2011

4 FEBUARI 2011

Welcome...27 years old...hahaha pejam celik,pejam celik dah tua rupanya aku....kejap jer rasanaya..thanks a lot pada member2 yang wish n escpeciallay 4 my beloved husband...tahun ni aku sambut di kampung bersama2 insan tersayang melainkan hubby yang x der...cma yang sedihnya " beday girl " kena beli kek sendiri


ni lah ghupa keknya..dah sengket dek di hurung sana sini...yang bestnya siap der keta mainan lagi..actually tuk suka budak2 jer...yang paling semangat iki la..x sempat nak nyanyi dia dah sibuk nak potong


tengoklah tu orang tepuk tangan kat bawah dia sampai angkat tangan.seronok tengok iki hapy sangat.
Balik puchong hubby bagi present...


nilah present dr hubby...thanks sayang...backpack..simple but nice..


Tuesday, January 18, 2011

Discharge

Alhamdulillah akhirnya hari ni iki discharge dari Fisioterapi..setelah setahun lebih berulang alik ke Hospital Serdang untuk manjalani terapi...Sebelum melangkah keluar dari bilik F1 doktor bertugas memberi kata2 nasihat terakhir andai kata pembesaran iki tidak mengikut perkembangan umur kanak2 normal...Terima kasih pada doktor2 n jururawat2 yang selama ini membantu kami...

Friday, January 7, 2011

Permata hati


Buah hati ibu...Selasa 4 Jan iki di serang asma di rumah pengasuh..kami membawa iki ke klinik berhampiran..dengan keadaan iki yang susah bernafas,dan asyik menangis perjalanan yang dekat seakan berbatu2 jauhnya..Semasa di klinik iki terpaksa mengambil gas...yang lucunya iki x nak tanggalkan corong gas dari mulutnya..mungkin iki merasakan itu sahaja yang membuatkan dada nya selesa..selesai saja iki terus sihat n terus bermain.
Kerana kerja yang banyak harus ku setllekan di kelas,aku terpaksa membawa iki ke sekolah.Alhamdulillah lepas iki makan ubat iki dah boleh tido lena walaupun tido x lama..Bangun dari tido,iki terus bermain sehinggakan nafas iki berombak laju kembali..iki kembali merengek..Sudahnya balik dari kerja aku terpaksa membawa iki ke klinik kembali untuk mengambil gas susulan.
Sampai di rumah iki masih lagi merengek,tapi alhamdulillah selepas makan ubat iki boleh tido lena..Sebenarnya aku x sanggup nak bawak iki ke Hospital..kerana ini

di dalam wad kecemasan
di dalam wad
Dan 2 hari selepas itu iki di serang demam n selsema.Kesian iki dugaan duduk dalam wad sejak baby lagi

iki dalam ambulans tuk ke HTAR Klang selepas beberapa jam melihat dunia

iki di dalam wad NICU
Semoga iki cepat sembuh...Amin


Thursday, January 6, 2011

HAPPY NEW YEAR 2011

Walaupun dah terlewat rasanya masih belum terlambat tuk aku wish HAPPY NEW YEAR 2011...di harapkan di tahun baru ini segalanya berjalan lancar,iki makin sihat dan aku....semakin kurus...hehehe...biasalah awal2 tahun macam ni aku bz sikit ngan kerja2 kat sekolah...bila sampai umah,yang inagt satu jer nak tido.hehehehe..maklumlah badan penat..Maliki plak awl2 tahun dah kene serangan asma..tp aku x bawak iki g hospital just g klinik swasta jer...takut iki admit kat ward klu g hospital..sian kene cucuk sana sini.Tapi alhamdulillah iki cepat sembuh.Hope iki akan terus sembuh...Amin.