Permata hati

Lilypie Pregnancy tickers

Friday, November 25, 2011

Result scan....jeng jeng jeng

Baru jer balik dari klinik dengan en.suami...hajat yang dah beberapa hari tergendala dapat juga ku laksanakan hari ini <-------scan perut...Alhamdulillah semua dalam keadaan yang sihat.Masa ni usia baby dah nak masuk 6 bulan setengah...Soalan cepu emas yang biasa akan di tanya para ibu pada doktor mestila " doktor ape jantina anak saya?"..tak terkecuali jugak aku..dan jawapannya...jeng jeng jeng...kita tunggu jer la nanti bila baby dah klua yer...  surprise..apa pun laki atau perempuan aku terima dengan hati yang terbuka,asalkan baby lahir sihat,selamat n sempurna.Sudah cukup buat kami..

Tuesday, November 1, 2011

Result yang kurang memuaskan

Baca title pun jer pun dah merunsingkan...hai...Pe nak jadi.
Alkisahnya semalam aku p klinik tuk appoiment pregnancy check-up..Aku ingatkan semuanya dah kembali normal al-maklumlah morning sickness aku dah tak der,yang ader nafsu makan jer (hehehehe)...supplement Iberet folic tuk tambah darah pun aku dah telan tapi tup..tup...sekali timbang ambik kau naik 3.5 kg ( tula bila nafsu makan dah memuncak n akibat daripada lawatan yang lepas berat aku statik tak naik2 ) mujur la nurse tu tak membebel sangat...klu tak aku selotip jer mulutnya macam aku buat kat sekolah  ( hehehehe ganas kan aku )..
Bila masuk citer bab Hb plak yang buatkan aku tak puas hati! Hb aku tak naik2..statik jer 10.8..tak pasal2 stiker kat buku mengandung tu dah bertukar warna yang menandakan ader masalah...huhuhuhuhu.Tapi kan aku dah bagitau tadi mujur la nurse tu tak membebel cuma dia nasihatkan aku tuk makan suplement tu ngan air jus buah, dan makan 2jam selepas makan supaya suplement tu menyerap ke dalam darah...Nurse ada jugak menerangkan kesan2 akibat daripada Hb rendah...dah balik rumah aku pun search google..dan ini antara yang aku dapat kesan Hb rendah kepada ibu mengandung..
Aku berdoa semoga appoiment yang akan datang semuanya akan berada dalam keadaan yang baik semuanya,Insyaalllah...Amin