Permata hati

Lilypie Pregnancy tickers

Tuesday, November 1, 2011

Result yang kurang memuaskan

Baca title pun jer pun dah merunsingkan...hai...Pe nak jadi.
Alkisahnya semalam aku p klinik tuk appoiment pregnancy check-up..Aku ingatkan semuanya dah kembali normal al-maklumlah morning sickness aku dah tak der,yang ader nafsu makan jer (hehehehe)...supplement Iberet folic tuk tambah darah pun aku dah telan tapi tup..tup...sekali timbang ambik kau naik 3.5 kg ( tula bila nafsu makan dah memuncak n akibat daripada lawatan yang lepas berat aku statik tak naik2 ) mujur la nurse tu tak membebel sangat...klu tak aku selotip jer mulutnya macam aku buat kat sekolah  ( hehehehe ganas kan aku )..
Bila masuk citer bab Hb plak yang buatkan aku tak puas hati! Hb aku tak naik2..statik jer 10.8..tak pasal2 stiker kat buku mengandung tu dah bertukar warna yang menandakan ader masalah...huhuhuhuhu.Tapi kan aku dah bagitau tadi mujur la nurse tu tak membebel cuma dia nasihatkan aku tuk makan suplement tu ngan air jus buah, dan makan 2jam selepas makan supaya suplement tu menyerap ke dalam darah...Nurse ada jugak menerangkan kesan2 akibat daripada Hb rendah...dah balik rumah aku pun search google..dan ini antara yang aku dapat kesan Hb rendah kepada ibu mengandung..
Aku berdoa semoga appoiment yang akan datang semuanya akan berada dalam keadaan yang baik semuanya,Insyaalllah...Amin

No comments:

Post a Comment