Permata hati

Lilypie Pregnancy tickers

Tuesday, June 21, 2011

````.. Kisah iKi n 3,2,1,cinta..````

3,2,1 cinta sebuah kisah komedi romantik terbitan Methrowealth production yang mula di tayangkan 16 Jun 2011.Antara barisan pelakon yang menerajui filem ini...Diana Amir, Farid Kamil, Pierre Andre,Mustapha Kamal, Sheila Mambo, Zila Bakarin dan  Ruzaidi Abdul Rahman..Filem yang mengisahkan MENGISAHKAN Sam, anak gadis yang berpewatakan kasar seperti lelaki yang baru sahaja berpindah untuk menyambung pelajaran di sebuah kolej. Dia bertemu semula dengan kawan baik semasa sekolah iaitu Fariz di situ. Dalam masa yang sama, Sam mula ditakut-takutkan dengan fakta bahawa dengan sikap kasarnya itu, dia akan ditakuti oleh semua lelaki dan dia akan bersendirian sampai mati.

 Secara kebetulan, Sam terserempak dengan Nazril, lelaki idaman seluruh kolej. Dia tercabar dengan sikap Nazril yang hanya melayan perempuan cantik sahaja menyebabkan dia tekad untuk memikat Nazril. Pelbagai peristiwa yang melucukan dan romantis berlaku sepanjang usaha Sam untuk memikat Nazril termasuk cuba merubah penampilan dan sikap kasarnya. Dalam masa yang sama, hubungan Sam dengan bapa tirinya dan adik tirinya, Mimi juga semakin pulih dan erat. Akhirnya, Nazril jatuh cinta dengan kesungguhan Sam apabila Sam sanggup membantunya untuk menguruskan rumah anak yatim yang dibinanya.

Sam juga sanggup mengajar anak-anak yatim itu dengan caranya yang tersendiri. Namun, rupa-rupanya Fariz selama ini menyintai Sam dalam diam. Fariz meluahkan perasaannya pada Sam. Sam yang keliru dengan luahan Fariz itu cuba berfikir kembali tentang perasaan dirinya terhadap Fariz dan Nazril. Dan ketika Nazril pula meluahkan perasaan kepada Sam, Sam sedar dan yakin siapa sebenarnya yang harus dipilihnya.

MALANGNYA....aku tak dapat khusyuk melihat filem ini bila " PERTAMA KALINYA IKI IN CINEMA " ..Mula2 masuk jer iki menunjukkan mukanya yang takut...siap tutup mata...tapi bila dah setengah jam cerita bermula...dia pun mula turun naik tangga cinema tu satu persatu sampai hampir tersungkur dengan tidak lepas di genggaman kereta kesayangan..Mujur penonton tak ramai jadi tak la mengganggu konsentrasi orang lain...Walauapapun aku terhibur dengan keletah iki..dan kami akan kembali lagi for next cartoon movie...Insyallah

No comments:

Post a Comment